Wednesday 22 June 2011

Ini lah AKU..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebagai permulaan untuk blog terbaru BK.. eloklah jika BK memperkenalkan diri BK terlebih dahulu secara ringkas. Nama penuh BK adalah Khairudin Omar. BK menetap di Beranang, Selangor. BK ada kerjaya sendiri sebagai juruteknik yang tidak ada kaitan langsung dengan fotografi...  :D


Sementara ini BK hanya ada 2 body DSLR iaitu D50 dan D5000. BK juga memiliki kompak kamera Panasonic LX-5 yang sering BK bawa ke mana sahaja. Antara lens BK adalah kit lens 18-55, 35mm 1.8, 50 1.8D, 85mm 1.4, 80-200mm 2.8.

BK tidak khas pada genre-genre fotografi tertentu. BK shoot saja apa yang BK rasa menarik untuk dirakam. Buat masa ini BK lebih gemar shoot portrait family BK sendiri, bercuti dengan family, outing atau TT bersama rakan-rakan fotografi dan semasa travel di luar negara.

BK rasa cukup lah dulu mukaddimah untuk kali ini. Semoga terhibur dengan koleksi foto-foto akan akan BK kongsikan nanti.

Wassalam..  @}--

BUDIN KESUMA

No comments:

Post a Comment