Thursday 23 June 2011

RISTORANTE della Commenda

Ristorante della Commenda adalah salah satu restoran di kawasan Chiaravalle, Alseno ITALY. Restoran ini adalah kepunyaan hotel Palazzo della Commenda. BK pernah menetap di hotel ini beberapa kali semasa trip ke Italy. Menu kesukaan yang sering BK pesan setiap kali ke sini adalah Pasta Stratchia (mcm tu lah bunyi nye.. :D) dan Fillet Fish Grill. Binaan dalaman restoran ini masih mengekalkan ciri-ciri klasik dan binaan dari kayu. Suasana dalaman sungguh aman dan harmoni di tambah pula dengan layanan yang istimewa dari pelayan yang cukup mesra pelanggan. BK sempat juga bersiar di sekitar kawasan hotel dan mengambil beberapa keping gambar untuk di kongsi.


BK dah memang kenal mamat ni.. friendly cuma susah sikit nak komunikasi

Ni lah pasta kegemaran BK.. ada cendawan dan bayam.. best

Ni pun BK suka.. tak boleh nak makan yg bukan2.. eropah lah kata kan.. :D

Kawasan luar restoran

Gereja..

Tetiba BK tertarik nak capture yang ni lak..

Sekitar kawasan restoran.. agak sepi

Pintu besar.. kemana?

Mereka tak sombong.. cuma lambai mereka akan balas semula..  :)

No comments:

Post a Comment